FOLLOWERS

TOTAL PAGE VIEWS

Saturday 10 March 2012

Cerita Bola : Kedah Menang Lagi! Terbaikkk!

Views

Gembira..happy..seronok..puas hati..tu semua perasaan yang aku rasa hari nie..sebab apa?? sebab Kedah menang lagi! haha..hari nie aku pergi lagi stadium..alang-alang tengah cuti nie best jugak pergi stadium selalu..game Kedah punya pasal! kali nie Kedah bertemu Perlis untuk saingan Piala FA 2012 Pusingan Kedua, Peringkat Kalah Mati..perlawanan nie boleh dianggap derby..lawan adik beradik la katakan..siapa tak nak tengok kan..buktinya stadium memang full tadi..perlawanan derby selalunya menjadi perlawanan tumpuan oleh penyokong Kenari..yang membuatkan aku rasa nak pergi nie sebab penonton mesti ramai..baru best nak tengok..lepas tu game mesti rancak..so lepas ja sampai rumah tadi,
aku sangat-sangat berpuas hati dengan keputusan malam nie, dengan prestasi Kedah yang semakin meningkat sekarang kan..

Full Time : Kedah 3 Perlis 2
sumber : FB PSHK (Penyokong Setia Hijau Kuning)
Emm..sepanjang perjalanan aku nak ke stadium..kereta, motor, memang banyak..berpusu-pusu orang nak ke stadium..aku rasa lagi ramai dari game Kedah lawan Selangor hari tu..petang tadi hujan agak lebat jugak la..aku ingat mungkin hujan sampai ke malam..tengok dengan keadaan cuaca sekarang asyik hujan ja rasa macam tak jadi ja nak pergi ja..yela hujan-hujan nie tak best sangat kalau nak tengok bola..basah satu hal..sejuk satu hal..(banyak songeh lak aku nieh! hehe) so aku tak beli la tiket awal-awal..takut rugi pulak beli tapi tak pergi pun..selang berapa jam lepas tu, tengok-tengok dah berhenti..alamak! rugi pulak kalau tak pergi..aku dengan member-member aku apa lagi..lebih kurang pukul 8 lebih macam tu, kami pun bertolak terus dari Jitra ke Stadium Darulaman dekat Alor Setar tanpa sebarang tiket..aku bersama 4 orang member aku (Pyan, Is, Pdaus & Anuar)

Jitra to Alor Setar
Time sampai stadium tadi, awal-awal lagi dah nampak kereta bukan main banyak lagi..jem tu sudah semestinya..satu hal pulak nak cari tempat parking..lepas dah jumpa tempat nak parking kereta, kami pun cepat-cepat la pergi beli tiket..memang dalam hati aku dah terfikir takut tiket habis..(tiket RM10) tengok-tengok, hmmm! memang habis! mana taknya orang beratur beli tiket panjang macam ular..satu stadium aku pusing lepas tu..kelam kabut jugak la time tu, yela game pun dah start dah..aku pun sebenarnya tak jangka tiket boleh habis..selalunya ada lagi..(tiket untuk tempat terbuka) so kami terpaksa la beli tiket mahal sikit..lebih RM2 ja pun..hehe..(nasib ada lagi..kalau tak menangis tak berlagu la..huhu) dah masuk stadium..perhhh..berapa ramai orang jangan cakap la..dah macam semut hurung gula aku tengok..haha..lagi ramai dari game sebelum nie..aku rasa mungkin lebih 20 ribu orang kot penonton..fuhh memang terbaikklah..terharu jugak aku tengok penonton ramai macam nie..rasa macam dah kembali ke zaman kegemilangan Kedah dulu ja..

memang ramai sampai aku pun kena berdiri ja tengok..tak da tempat duduk..
Punya tak sabar nak tengok bola, dengan memikir game dah start lama dah..sedih jugak lah sebab sebelum nak masuk stadium tu terpaksa tunggu beratur punya panjang nak beli tiket..dan Kedah dah pun menjaringkan gol pertama..time tu aku still kat luar lagi..cuma dengar sorakkan dari dalam stadium ja..rasa macam nak ja aku panjat stadium nie..hahaha..sedih tak dapat nak tengok gol pertama..kira aku lewat hampir 30 minit jugak la..bila dah dapat tiket, first aku masuk tadi kedudukan dah pun terikat 1-1..dan tiba-tiba Kedah berjaya menjaringkan gol ke 2 untuk mendahului Perlis dengan 2-1..sempat jugak aku sorak..hehe..tapi gol aku nampak samar-samar ja sebab agak terlindung, ramai yang berdiri kat situ..last disebabkan tak berapa nampak, aku pun pergi naik atas sekali..ha ambik kau! jelas baq hang! haha..cuma gol ke 3 Kedah ja aku dapat tengok secara live..ok la tu kan..first half, game Kedah agak menarik, banyak attack dan banyak peluang terhasil..cuma second half agak down sikit permainan Kedah..tapi tetap ada beberapa percubaan yang hampir menghasilkan gol..

nie antara aksi Kedah tadi..(second half)
(rangkuman gol) sumber : HKCtv Gol-gol Kedah dijaringkan oleh penjaring terbanyak Kedah setakat nie iaitu Khyril Muhymeen (2 gol minit ke 9 dan 37) dan Amar Rohidan (1 gol minit ke 29) aku rasa Kedah boleh menang besar kalau peluang-peluang yang terhasil dapat disempurnakan oleh pemain-pemain Kedah..banyak gerakan menarik tercipta, tapi still gagal untuk menambah gol..kalau menang besar, mesti bertambah gegak gempita la SDA (Stadium Darulaman) dengan sorakan penonton..silap-silap roboh jugak stadium tuh..hehe..untuk penyokong Kedah kali nie 'hampa semua memang tebaikkklah!..harap-harap terus ramai macam nie..baru semangat sikit aku nak pergi stadium lagi lepas nie..untuk keseluruhan game, aku tengok Kedah bermain dengan baik..cuma agak down sikit masa second half..apa-apa pun tamat 90 minit, Kedah berjaya mencatat kemenangan 3-2 untuk layak ke peringkat suku akhir, dan akan bertemu dengan T-Team..tahniah Kedah..Pulun Kedah Pulun! insyaallah boleh masuk final..
aku dan member-member aku di SDA..
So aku rasa sampai sini saja entri aku untuk kali nie..cerita bola memang aku tak pernah bosan..hehehe..Kedah Tetap Di Hati! ok bye..Assalammualaikum..:) Pulun Kedah Pulun!

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya ! :)

4 Coments:

Unknown said...

Ni la dia match yang org panggil North Derby ni haha. Semua kawan2 utara kat Mesir ni memang excited gila untuk match ni.

http://palereddot.blogspot.com/

headayahchul :) said...

fuwhhh! banyak betul org 0.0

Tem Mustafa said...

@Arham Md Ali

nie la..haha..Utara mmg terbaikk!hehe..

Tem Mustafa said...

@headayahchul :)

ramai kan orang..mcm semut..hehe..

Powered By Blogger