FOLLOWERS

TOTAL PAGE VIEWS

Sunday 25 March 2012

Cerita Bola : Ke Stadium Lagi

Views

Fuhh..untuk bulan nie ja nampaknya aku dah 3 kali pergi stadium..(habis duit aku!hehe) tak sangka lak tahun nie aku rajin pulak pergi stadium..dulu jangan kata 3 kali, paling banyak pun sekali ja..selalunya aku lebih suka tengok kat tv ja..kalau lawan dengan team biasa-biasa pun jarang pergi..sekarang no no no..lawan la dengan apa pun..kalau aku cuti memang aku akan pergi stadium..serius best dengan suasana dalam stadium yang ramai orang..(kalau lengang, sunyi tak berapa ada orang korang nak pergi ke?) aku rasa tengok live kat tv dengan live dekat stadium ada perbezaan dan keseronokkannya tersendiri..(perhh ayatttt...haha!) kena la dengan aku yang suka seronok-seronok nieh! setakat habis RM10 tu sebenarnya aku tak kesah sangat..janji sokong tetap sokong..

Kedah vs T-Team (24/3/2012)
sumber : hijaukuning.com
Ok untuk kali nie aku pergi tengok game Kedah lawan T-Team..T-Team nie merupakan pasukan kedua dari Terengganu..kira adik kepada Terengganu lah..huhu..game semalam tu adalah game Piala FA, Peringkat Suku Akhir Pertama..perlawanan berkesudahan 0-0..(agak kecewa sebab tak dapat bersorak gol..huhu) (♪ segala kata cacian..yang telah engkau berikan..membuat ku rasa..kosong..kosong ♪) hahaha! ehh..menyanyi pulak aku nie..macam kena ja dengan lagu tuh..haha..tapi apa-apa permainan Kedah semalam tak la mengecewakan sangat..cuma tak da luck ja nak gol..semua buntu..banyak peluang terhasil tapi masih lagi gagal menghasilkan gol..tapi apa yang paling mengecewakan aku adalahhh..ha yg pergi stadium semalam mesti tahu kan..PENGADIL!! booo pengadil! serius mutu pengadilan kat Malaysia nie masih lagi lemah..membuatkan aku sebagai penonton nie tak henti-henti nak kutuk pengadil ja..haha..yela kebanyakan keputusan tak tepat..kalau liga-liga luar negara nie siap sedia la FRU nak kawal penonton kalau pengadil macam tu..huhu..

sumber : hijaukuning.com
Tapi apa yang selalu membanggakan aku adalah penyokong..penyokong masih lagi membanjiri stadium walaupun ada live kat tv sebenarnya..tak la seramai sebelum nie tapi still boleh dibanggakan..aku mula-mula pun fikir 2,3 kali gak nak tengok kat tv atau stadium..last-last majoriti member aku nak tengok kat stadium..sebab lagi puas tengok depan mata..so kami pun pergi la stadium tapi bertiga ja la kali nie..(with Pyan & Taisir) ramai member tengok kat rumah ja..(kami ja masih setia ke stadium kan..hehe) apa-apa pun penyokong-penyokong Kedah sudah pun mula kembali ke stadium..tak lagi macam tahun sebelum nie..walaupun lawan team biasa tapi penyokong tetap pergi stadium..menang kalah belakang cerita..harap-harap teruskan macam nie..baru best..

penonton yang hadir ke Stadium Darulaman..
(bahagian astaka memang selalu ramai..huhu)
sumber : PSHK
Untuk kali nie aku tak dapat tangkap gambar sendiri suasana dekat stadium sebab handphone aku rosak pulak..problem betul! time-time nie la dia buat hal..(nak kena jual la tuh..hehe) tapi tak pa lah still ada sumber-sumber yang aku boleh dapatkan gambar..(mintak share ya tuan punya gambar) dan untuk kali nie aku agak lambat sikit update..selalu balik stadium terus ja update..disebabkan penat sangat malam tadi, baru hari nie aku berkesempatan nak update..so setakat nie ja lah..penat pulak aku hari nie..esok dah nak balik KL dah..nak kemas barang pulak..malasnyaa akuuu! ok lah semua..Assalammualaikum!

p/s : laluan Kedah untuk ke Peringkat Separuh Akhir agak sukar sebab lepas nie mereka akan berkunjung ke tempat  
        lawan di Terengganu pulak untuk perlawanan Suku Akhir ke 2..harap Kedah berjaya menewaskan T-Team.. 

Pulun Kedah Pulun!   
                                                                                   

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya ! :)

Friday 16 March 2012

Earning Pertama Aku Dari ChurpChurp!

Views
Halloohaii..apa khabar? lama rasanya aku tak update blog kan..(ciss baru nak dekat seminggu!) hari nie aku agak epy sikit la..tak la epy banyak sangat..sikit ja, kalau dapat banyak, baru epy banyak sikit..kehkehkeh..(gelak jahat) tapi ok la tu..syukur alhamdulillah atas hasil usaha aku iklan and promote kan benda nie dapat jugak earning pertama aku dari ChurpChurp..tadi aku bukak ja ChurpChurp, check ja dekat reward, terus buat aku tersenyum..yesss! syiling pertama aku sudah masuk..hooorayyyy..kebabooommmm!! (paham-paham ja la maksud syiling tu kan! hehehe)

(amboih baru naik sikit dah suka! orang dah banyak dah dapat tak bising pun!)

 ada aku kesah kerrrr??? hahaha..(lawak ja, just nak berkongsi) :)

Sebenarnya earning aku dah start bergerak dari semalam lagi..dan hari nie nampaknya semakin bertambah..tak la banyak sangat..still sikit lagi..yela kan aku baru ja join benda nie..baru naik berapa posen semalam..ha berapa posen???caitttt!! HEHEHE..walaupun just sikit..sangat sikit..terlalu sikit..sikit sangat..banyak la sikit..haaa apa lagi eh?? apa-apa ja lah..hehe..benda nie buat aku bertambah semangat untuk terus promote benda nie lagi..(alang-alang tak da buat apa-apa kan) sikit-sikit lama-lama jadi bukuit! ehh2..bukit..hehe..harap-harap macam tu la kan..

Aku nie sebenarnya bukan suka sangat promote-promote nie..aku tak berapa nak reti sangat..tapi apa-apa pun aku cuba jugak..so nie la hasilnya..tak sia-sia kan..sebab 
"di mana ada kemahuan di situ ada jalan" pada mulanya aku tak berapa yakin, malu and rasa malas nak fikir sangat pasal benda nie..macam lambat jaa..(bila la nak cukup seratus camnieh! cehh tak sabar punya Tem Mustafa! haha) aku tengok orang lain dapat perhhh banyaknyaaa..jelez lak aku! huhu..bila aku dah berjaya dapatkan earning pertama aku nie baru la aku bertambah yakin dan berani sikit nak promote..yang nak klik tu klik la..tak nak tak pa..tak ada paksaan..:)

So bagi korang yang tak join lagi tu try la join..tak menyesal pun dan tak payah keluarkan duit pun..cuma daftar, and then promote or share kat orang..FB ke Twitter ke..mana-mana ja la..kesabaran tu mesti mau ada..kalau nak info lebih detail kena sign up dulu..dan kalau korang rasa nak join boleh tekan link or gambar kat bawah nie ok..pastu sign up..ok bye..Assalammualaikum..:) (Terima Kasih ChurpChurp!)


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya ! :)

Monday 12 March 2012

'Kucing' Haiwan Paling Aku Suka

Views

Emm..hari nie tiba-tiba aku rasa nak menulis pulak..dah borink sampai tak da tahap lagi dah..tak tahu nak buat apa dah..ha so aku ingat nak berkongsi sikit lah cerita pasal kucing dan sambil-sambil tu boleh cerita pasal kucing aku jugak..hehe..

(cita pasal kucing?? tak da cita lain dah ke?)

tak da! nak baca ke tak?? kalau tak nak get loose! put looseee!
(hahaha..gurau ja) :D

Ok korang suka kucing? aku tahu ada yang suka dan ada yang takut dengan kucing kan..betul tak?? jangan takut, kucing tak makan orang macam rimau..dia makan ikan ja..so ikan yang patut takut bukan kita..hehehe..kucing bagi aku adalah haiwan paling menarik, paling disukai dan paling comel pernah aku tengok..ada bulu lembut..bulu kembang..gebu lagi..memang terbaikklah! kucing nie ada macam-macam jenis..kucing biasa (macam kat rumah kita tu), kucing siam (muka dia hitam and panjang-panjang), kucing parsi (kuat makan, muka macam garfield..hehe) dan macam-macam lagi lah..semuanya comel-comel kan..

Emm..rimau pun macam comel jugak kan..huhuhu..(gila ke pa rimau!) :P

Kebanyakan orang suka bela kucing..(kalau suka bela rimau lain jadinya! hehe) yela kucing bagi aku bukan la susah sangat nak jaga..kalau biar kat keluar pun dia tahu nak balik rumah..lagi tak perlu kita nak kurung dia hari-hari..kesian pulak kalau asyik kurung ja kan..hidup tak bebas..tak baik tu..tapi tu kalau kucing biasa la..macam kucing aku nie pernah tak balik rumah 2, 3 hari..tah ke mana la dia pergi..last-last balik rumah jugak..lapar la tu..dok miaww..miawww ja..aku kalau dengan kucing memang cukup seronok..hilang jugak borink aku kalau ada kucing nie..kadang-kadang bila kita tengok gelagat kucing nie memang terhibur..dengan manjanya..ditambah pulak dengan kecomelan yang ada pada kucing tu..time tengah tension pun boleh jadi tersenyum..:)

adess..letihnyaa..baring kejap lah..hehe..
Kat rumah aku nie ada 2 ekor ja kucing..yang sekor dah tua..nama dia "Wahed" kalau nak main memang tak lah..muka malas, makan tidur ja..hehe..ha yang lagi sekor nie aktif la sikit..nama dia "Cici"..tapi sekarang dah jarang balik rumah..mana pergi tah..mesti pergi menggatal dengan kucing betina belakang rumah aku tu..haha! kucing aku nie dua-dua jantan..masih single lagi..(ada mana-mana kucing betina berkenan tak? hehehe) kucing aku yang "Cici" nie aku rasa lain sikit dari kucing biasa, sebab bila dia duduk kaki dia akan terjulur keluar..macam arnab pulak..lain dari yang lain kan..cuba korang tengok gambar kat bawah..

"Cici" (pelik kan kaki dia..lenguh kaki kot..haha)
"Wahed" (nie semua kerja aku la nie..cantik tak? haha)
Ha sekarang cerita pasal makan dia pulak..selalunya kita bagi makan kucing nie whiskas kan..(makanan kucing) ataupun nasi dengan ikan..tu kalau makanan harian kucing..tapi kucing nie sebenarnya suka jugak makan sejenis akar pokok..pokok tu kalau tak silap aku namanya "Pokok Kucing Galak"..kalau korang pernah tengok..bila kita cabut dan bagi dekat kucing, mesti dia makan..kadang-kadang tu nampak macam tak makan 10 tahun..galak semacam ja..sedap sangat kot..hehe..pokok tu apa yang aku tahu boleh bagi tenaga untuk kucing..lebih kurang macam ubat la kot..kucing akan makan pada bahagian akar pokok..(ingat kita manusia ja ada akar Tongkat Ali..kucing pun ada laa..hehehe) 

ha nie la "Pokok Kucing Galak"
nie bahagian akar yang kucing suka makan..  
So bagi aku dalam banyak-banyak haiwan yang ada dalam dunia nie aku paling suka kucing..banyak yang menarik tentang kucing nie..tapi tak kisah la korang suka bela apa-apa jenis haiwan sekali pun..burung ke, hamster ke, sugar glider ke..yang penting kita pandai jaga..bagi dia makan..dan mengasihi haiwan peliharaan kita tu..tak semestinya sayang sesama manusia ja..haiwan pun adalah makhluk Tuhan yang perlu kita sayang jugak..so sampai di sini saja untuk kali nie..jumpa lagi..Assalammualaikum..


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya ! :)

Saturday 10 March 2012

Cerita Bola : Kedah Menang Lagi! Terbaikkk!

Views

Gembira..happy..seronok..puas hati..tu semua perasaan yang aku rasa hari nie..sebab apa?? sebab Kedah menang lagi! haha..hari nie aku pergi lagi stadium..alang-alang tengah cuti nie best jugak pergi stadium selalu..game Kedah punya pasal! kali nie Kedah bertemu Perlis untuk saingan Piala FA 2012 Pusingan Kedua, Peringkat Kalah Mati..perlawanan nie boleh dianggap derby..lawan adik beradik la katakan..siapa tak nak tengok kan..buktinya stadium memang full tadi..perlawanan derby selalunya menjadi perlawanan tumpuan oleh penyokong Kenari..yang membuatkan aku rasa nak pergi nie sebab penonton mesti ramai..baru best nak tengok..lepas tu game mesti rancak..so lepas ja sampai rumah tadi,
aku sangat-sangat berpuas hati dengan keputusan malam nie, dengan prestasi Kedah yang semakin meningkat sekarang kan..

Full Time : Kedah 3 Perlis 2
sumber : FB PSHK (Penyokong Setia Hijau Kuning)
Emm..sepanjang perjalanan aku nak ke stadium..kereta, motor, memang banyak..berpusu-pusu orang nak ke stadium..aku rasa lagi ramai dari game Kedah lawan Selangor hari tu..petang tadi hujan agak lebat jugak la..aku ingat mungkin hujan sampai ke malam..tengok dengan keadaan cuaca sekarang asyik hujan ja rasa macam tak jadi ja nak pergi ja..yela hujan-hujan nie tak best sangat kalau nak tengok bola..basah satu hal..sejuk satu hal..(banyak songeh lak aku nieh! hehe) so aku tak beli la tiket awal-awal..takut rugi pulak beli tapi tak pergi pun..selang berapa jam lepas tu, tengok-tengok dah berhenti..alamak! rugi pulak kalau tak pergi..aku dengan member-member aku apa lagi..lebih kurang pukul 8 lebih macam tu, kami pun bertolak terus dari Jitra ke Stadium Darulaman dekat Alor Setar tanpa sebarang tiket..aku bersama 4 orang member aku (Pyan, Is, Pdaus & Anuar)

Jitra to Alor Setar
Time sampai stadium tadi, awal-awal lagi dah nampak kereta bukan main banyak lagi..jem tu sudah semestinya..satu hal pulak nak cari tempat parking..lepas dah jumpa tempat nak parking kereta, kami pun cepat-cepat la pergi beli tiket..memang dalam hati aku dah terfikir takut tiket habis..(tiket RM10) tengok-tengok, hmmm! memang habis! mana taknya orang beratur beli tiket panjang macam ular..satu stadium aku pusing lepas tu..kelam kabut jugak la time tu, yela game pun dah start dah..aku pun sebenarnya tak jangka tiket boleh habis..selalunya ada lagi..(tiket untuk tempat terbuka) so kami terpaksa la beli tiket mahal sikit..lebih RM2 ja pun..hehe..(nasib ada lagi..kalau tak menangis tak berlagu la..huhu) dah masuk stadium..perhhh..berapa ramai orang jangan cakap la..dah macam semut hurung gula aku tengok..haha..lagi ramai dari game sebelum nie..aku rasa mungkin lebih 20 ribu orang kot penonton..fuhh memang terbaikklah..terharu jugak aku tengok penonton ramai macam nie..rasa macam dah kembali ke zaman kegemilangan Kedah dulu ja..

memang ramai sampai aku pun kena berdiri ja tengok..tak da tempat duduk..
Punya tak sabar nak tengok bola, dengan memikir game dah start lama dah..sedih jugak lah sebab sebelum nak masuk stadium tu terpaksa tunggu beratur punya panjang nak beli tiket..dan Kedah dah pun menjaringkan gol pertama..time tu aku still kat luar lagi..cuma dengar sorakkan dari dalam stadium ja..rasa macam nak ja aku panjat stadium nie..hahaha..sedih tak dapat nak tengok gol pertama..kira aku lewat hampir 30 minit jugak la..bila dah dapat tiket, first aku masuk tadi kedudukan dah pun terikat 1-1..dan tiba-tiba Kedah berjaya menjaringkan gol ke 2 untuk mendahului Perlis dengan 2-1..sempat jugak aku sorak..hehe..tapi gol aku nampak samar-samar ja sebab agak terlindung, ramai yang berdiri kat situ..last disebabkan tak berapa nampak, aku pun pergi naik atas sekali..ha ambik kau! jelas baq hang! haha..cuma gol ke 3 Kedah ja aku dapat tengok secara live..ok la tu kan..first half, game Kedah agak menarik, banyak attack dan banyak peluang terhasil..cuma second half agak down sikit permainan Kedah..tapi tetap ada beberapa percubaan yang hampir menghasilkan gol..

nie antara aksi Kedah tadi..(second half)
(rangkuman gol) sumber : HKCtv Gol-gol Kedah dijaringkan oleh penjaring terbanyak Kedah setakat nie iaitu Khyril Muhymeen (2 gol minit ke 9 dan 37) dan Amar Rohidan (1 gol minit ke 29) aku rasa Kedah boleh menang besar kalau peluang-peluang yang terhasil dapat disempurnakan oleh pemain-pemain Kedah..banyak gerakan menarik tercipta, tapi still gagal untuk menambah gol..kalau menang besar, mesti bertambah gegak gempita la SDA (Stadium Darulaman) dengan sorakan penonton..silap-silap roboh jugak stadium tuh..hehe..untuk penyokong Kedah kali nie 'hampa semua memang tebaikkklah!..harap-harap terus ramai macam nie..baru semangat sikit aku nak pergi stadium lagi lepas nie..untuk keseluruhan game, aku tengok Kedah bermain dengan baik..cuma agak down sikit masa second half..apa-apa pun tamat 90 minit, Kedah berjaya mencatat kemenangan 3-2 untuk layak ke peringkat suku akhir, dan akan bertemu dengan T-Team..tahniah Kedah..Pulun Kedah Pulun! insyaallah boleh masuk final..
aku dan member-member aku di SDA..
So aku rasa sampai sini saja entri aku untuk kali nie..cerita bola memang aku tak pernah bosan..hehehe..Kedah Tetap Di Hati! ok bye..Assalammualaikum..:) Pulun Kedah Pulun!

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya ! :)

Saturday 3 March 2012

Cerita Bola : Pulun Kedah Pulun!

Views

Ok untuk kali aku nak cerita pasal bola pulak..hehe..fuhh..best gila aku hari nie..mana taknya dapat pergi stadium tengok team favourite aku main pulak..menang lagi tu..terbaikkklah Kedah! Pulun Kedah Pulun! hehe..nie aku pun baru ja balik dari Stadium Darulaman kat Alor Setar..serius mula datang tadi berpuluh-puluh ratus kereta parking tepi jalan..jem memang confirm la kan..tak kira orang lagi..nampaknya penyokong-penyokong Kedah dah mula kembali ke stadium..yela kan prestasi Kedah pun dah semakin meningkat sekarang..permainan dorang pun dah bagus sikit..best aku tengok..aku pergi stadium tadi dengan dua orang member baik aku, Pyan dan Taisir..(selalu main futsal sekali) dengan berbekalkan tiket berharga RM10 nie aku pun masuk la stadium..masuk-masuk ja dalam stadium tadi, perhh memang ramai gila orang..berapa ribu tu aku tak pasti lah..tapi aku anggarkan lebih kurang 20 ribu orang jugak lah..ramai kan..huhu..dah lama aku tak tengok stadium penuh macam nieh..

Kedah vs Selangor (Liga Super Malaysia 2012)
ramai kan..memang terbaiklah penyokong Kedah!
Cerita punya cerita lupa pulak nak cerita keputusan tadi..Full Time! Kedah menang 1-0 menewaskan Selangor.. hasil sepakan pelnati pemain import Kedah iaitu Safi Abdelfatah..tenang ja dia sepak..sebelum tu Kedah ada memperolehi satu pelnati tapi gagal disempurnakan oleh Badrol Bahktiar..time pelnati tak masuk tu serius kecewa gila aku! siap maki hamun lagi! hahaha..yela aku dah siap berdiri tunggu nak sorak gol ja..tapi malangnya bola kena tiang pulak! adess..tapi lepas tu nasib baik la dapat lagi satu pelnati..dan gol! terubat sikit kecewa aku..dapat jugak aku bersorak gol..sakan jugak tadi aku dengan member-member aku..hehe..dan siap ada ombak lagi dalam stadium lepas Kedah score gol..penyokong Kedah memang the best! haha..ha kalau kalau korang nak tengok gol,
boleh tengok video kat bawah nie..

gol pelnati dijaringkan oleh Safi Abdelfatah minit ke 83 sumber : sokernet.com
kalau korang nampak board kat atas tu, nie time Kedah dah leading 1-0
time nie Kedah tengah dok attack Selangor..huhu..
Aku tengok midfielder Kedah kali nie, Safi Abdelfatah serius main memang terbaik gila..first time aku tengok dia main kat stadium tadi memang aku agak teruja..sempoi betul dia control bola..dengan gerakkan badannya..skill geleceknya..hantaran dia banyak membantu cuma tiada penyudah yang berkesan dari bahagian serangan..ramai orang cakap dia macam ala-ala Zinedine Zidane..(ada la sikit-sikit kan) kalau korang sendiri tengok mesti korang boleh nilai sendiri..
nie la pemain yang aku maksudkan "Safi Abdelfatah"
sumber : hijaukuning.com
So aku rasa epy sangat dengan kemenangan Kedah tadi..lama tak bersorak..hilang jugak tension aku..tak sia-sia habis RM10 beli tiket, pergi stadium untuk sokong team favourite aku..habis ja game aku terus balik rumah dengan satu senyuman..hehe..:) walaupun cuma menang 1-0, gol pelnati ja pun tapi aku tetap bangga..yela yang penting menang! bukan selalu aku dapat pergi stadium..so menang pulak dengan Selangor, memang aku puas gila la! haha.. bukan dengan team biasa-biasa kan..melihat pada prestasi Kedah tadi memang agak baik..ada perubahan dari segi permainan..(amboih dah macam coach pulak aku nieh..hehe) aku harap lepas nie Kedah akan meneruskan rentak kemenangan..harap konsisten lah..aku yakin Kedah akan bangkit semula..GO GO Kedah! Pulun Kedah Pulun! Kenari Terbang Tinggi!
terbaikkkk..hehe..
sumber : hijaukuning.com
Ok lah aku rasa nie saja yang dapat aku kongsikan kepada korang semua hari nie..biasa la peminat bola sepak no 1 la kata kan..cerita bab bola aku memang tak pernah borink..tapi masuk ja bab study..haa..yaa saya?? eh ada orang panggil aku lak..hahaha..haaa paham-paham ja la kan..hehe..so jumpa lagi..Assalammualaikum..:) Pulun Kedah Pulun!

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya ! :)

Powered By Blogger