FOLLOWERS

TOTAL PAGE VIEWS

Friday 24 February 2012

Apa Bakat Saya?

Views

Hari nie aku rasa aku nak berkongsi topik mengenai bakat..korang tahu apa tu bakat? mesti ramai yang dah tahu kan..so aku just nak berkongsi cerita aku, pendapat aku dan apa yang aku sendiri tahu tentang bakat..selalunya lain orang, lain la pendapatnya kan..so apa yang aku tahu, bakat adalah satu perkara yang boleh dikategorikan sebagai kelebihan, kebolehan atau kemampuan seseorang..bakat pun boleh merangkumi pelbagai bidang..macam bakat menulis, mengukir, melukis, menyanyi, melawak atau apa-apa saja lah..banyak lagi..bakat juga boleh dilihat dari sejak kecil tak semestinya dah besar baru nak nampak kan..kadang-kadang bila kita cepat belajar sesuatu perkara pun boleh dikira sebagai peringkat permulaan mengenai bakat yang kita ada kepada sesuatu bidang..dan aku rasa minat pun penting..tak ada minat macam mana nak ada bakat kan? ya tak?? ok tu serba sedikit info ringkas
yang aku tahu la..sebab tak banyak sangat yang aku tahu..


Korang tahu apa kelebihan atau bakat korang? aku rasa ada yang tahu dan ada yang masih tercari-cari apa kelebihan korang kan..dan aku sendiri pun masih tercari-cari apa kelebihan atau bakat sebenar yang ada pada diri aku..kalau setakat main bola atau futsal tu aku rasa tu satu perkara yang biasa ja kan..sebab aku bukanlah sebagus pemain profesional..amatur pun belum tentu lagi..setakat main taman tu boleh la..haha..(tapi tu pun lebih kurang bakat jugak kan) aku pernah terfikir apa la kelebihan yang ada pada diri aku kan..dalam diri aku selalu timbul perasaan ingin mencuba, tapi tak semua la yang aku cuba..ada yang jadi angan-angan ja..huhu..teringin jugak aku nak belajar main gitar..dulu aku pernah belajar tapi tak lama la sebab jarang ada masa..gitar pun aku tak ada..nak beli duit pun tak ada..(macam-macam alasan pulak aku nie kan) tapi semua tu bergantung kepada kemahuan kita ja..sebab ada perpatah mengatakan.."di mana ada kemahuan di situ ada jalan" amboihh berperibahasa pulak aku nie kan..hehe..aku kalau boleh nak jugak belajar menari..macam best ja aku tengok..(apa? menari??ohh mungkin tak kot..haha) tapi mana la tahu kan bakat aku ada salah satu perkara yang aku buat..apa-apa pun wait and see..jengg²!

melukis?? ada la minat sikit-sikit..huhu..
Selalunya bakat boleh hadir melalui minat..minat kita pada sesuatu perkara..tapi jangan minat nak tackle awek ja pulak..hehehe..semua tu boleh kalau kita belajar..tapi apa yang kita belajar mestilah ke arah kebaikan..bila kita dah ada bakat kita mesti ada orang yang boleh menilai bakat atau kelebihan kita macam kawan-kawan, family atau siapa-siapa saja yang lebih berpengalaman..so kita akan dapat respon atau komen daripada mereka..positif atau negatif tu belakang cerita, janji ada usaha..baru la kita boleh improve kan kebolehan kita atau bakat yang kita ada kan..selain tu, aku rasa bakat atau kebolehan selalunya akan hadir secara kebetulan tanpa kita sedari..pada awalnya kita mungkin tak pernah tahu pun kita berkebolehan dalam sesuatu perkara, tapi disedari oleh orang sekeliling kita bila kita melakukan sesuatu perkara tu..ya tak? contohnya..

Farah : Sarah jom kita pergi karoake? kita tak pernah pergi sama-sama kan?
Sarah : Emm..boleh jugak..saya pun tak buat apa-apa nie..huhu..
(Di tempat karoake)
Farah : Wahh sedapnya suara awak..first time dengar awak menyanyi..
            macam suara Siti Nurhaliza pulak saya dengar..hehe..
Sarah : Eh yake? mana ada la..pandai ja awak nie..biasa-biasa ja la..
            hehe..(malu)
Farah : Tak sangka kan awak nie pandai menyanyi rupanya..huhu..

(dialog di atas adalah rekaan semata-mata)

  Ha tengok..kadang-kadang kita tak sedar pun kita nie pandai menyanyi, ada kebolehan, ada potensi..tapi bila pertama kali kita pergi karoake ke baru kita tahu kita ada suara yang baik dan berbakat dalam menyanyi walaupun kita cuba nak nafikan..(mungkin sebab malu atau tak mahu bangga sangat) selain tu, sekarang pun ramai artis-artis baru (penyanyi terutamanya) muncul..tapi apa yang menarik perhatian aku adalah artis yang lahir daripada laman sosial paling popular sekarang iaitu Youtube..sesetengahnya aku nampak mereka just suka-suka ja tapi sedar tak sedar bakat dorang disedari oleh pihak-pihak tertentu yang nampak bakat kemampuan dan kebolehan mereka untuk berjaya dalam dunia seni hiburan..(contohnya Yuna dan Najwa Latif..dua-dua dah popular sekarang kan) bagi aku Youtube dah menjadi trend zaman sekarang untuk memperkembangkan bakat..kalau kita bercita-cita nak jadi popular macam tu kena la ada usaha, tu yang penting..(cita-cita aku apa eh? hehe) tapi kalau asyik berangan ja tak kemana jugak kan..

Emmm..setiap orang ada kelebihan, ada kekurangan..kalau bab kekurangan memang aku tahu sangat lah apa yang aku kurang..hehe..bagi aku Allah S.W.T. itu Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui..ingat tu? bakat dan kelebihan pun adalah kurniaan daripada-Nya..bakat juga adalah anugerah Tuhan yang patut disyukuri oleh kita..jika kita dianugerahi kelebihan, bersyukurlah dengan apa yang kita ada..so apa yang aku tulis di atas nie adalah berdasarkan pendapat aku ja la..tak tahu la pendapat korang macam mana pulak kan..mungkin berbeza-beza pendapat..so kalau ada apa-apa salah dan silap tentang apa yang aku tulis, lari topik ke, lari 100M berganti-ganti ke..hehe..harap dimaafkan la ya..biasa la manusia tak lari dari melakukan kesilapan..emm..so aku rasa ini saja untuk kali nie.. ok Assalammualaikum...:)


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya ! :)

0 Coments:

Powered By Blogger