FOLLOWERS

TOTAL PAGE VIEWS

Sunday 25 March 2012

Cerita Bola : Ke Stadium Lagi

Views

Fuhh..untuk bulan nie ja nampaknya aku dah 3 kali pergi stadium..(habis duit aku!hehe) tak sangka lak tahun nie aku rajin pulak pergi stadium..dulu jangan kata 3 kali, paling banyak pun sekali ja..selalunya aku lebih suka tengok kat tv ja..kalau lawan dengan team biasa-biasa pun jarang pergi..sekarang no no no..lawan la dengan apa pun..kalau aku cuti memang aku akan pergi stadium..serius best dengan suasana dalam stadium yang ramai orang..(kalau lengang, sunyi tak berapa ada orang korang nak pergi ke?) aku rasa tengok live kat tv dengan live dekat stadium ada perbezaan dan keseronokkannya tersendiri..(perhh ayatttt...haha!) kena la dengan aku yang suka seronok-seronok nieh! setakat habis RM10 tu sebenarnya aku tak kesah sangat..janji sokong tetap sokong..

Kedah vs T-Team (24/3/2012)
sumber : hijaukuning.com
Ok untuk kali nie aku pergi tengok game Kedah lawan T-Team..T-Team nie merupakan pasukan kedua dari Terengganu..kira adik kepada Terengganu lah..huhu..game semalam tu adalah game Piala FA, Peringkat Suku Akhir Pertama..perlawanan berkesudahan 0-0..(agak kecewa sebab tak dapat bersorak gol..huhu) (♪ segala kata cacian..yang telah engkau berikan..membuat ku rasa..kosong..kosong ♪) hahaha! ehh..menyanyi pulak aku nie..macam kena ja dengan lagu tuh..haha..tapi apa-apa permainan Kedah semalam tak la mengecewakan sangat..cuma tak da luck ja nak gol..semua buntu..banyak peluang terhasil tapi masih lagi gagal menghasilkan gol..tapi apa yang paling mengecewakan aku adalahhh..ha yg pergi stadium semalam mesti tahu kan..PENGADIL!! booo pengadil! serius mutu pengadilan kat Malaysia nie masih lagi lemah..membuatkan aku sebagai penonton nie tak henti-henti nak kutuk pengadil ja..haha..yela kebanyakan keputusan tak tepat..kalau liga-liga luar negara nie siap sedia la FRU nak kawal penonton kalau pengadil macam tu..huhu..

sumber : hijaukuning.com
Tapi apa yang selalu membanggakan aku adalah penyokong..penyokong masih lagi membanjiri stadium walaupun ada live kat tv sebenarnya..tak la seramai sebelum nie tapi still boleh dibanggakan..aku mula-mula pun fikir 2,3 kali gak nak tengok kat tv atau stadium..last-last majoriti member aku nak tengok kat stadium..sebab lagi puas tengok depan mata..so kami pun pergi la stadium tapi bertiga ja la kali nie..(with Pyan & Taisir) ramai member tengok kat rumah ja..(kami ja masih setia ke stadium kan..hehe) apa-apa pun penyokong-penyokong Kedah sudah pun mula kembali ke stadium..tak lagi macam tahun sebelum nie..walaupun lawan team biasa tapi penyokong tetap pergi stadium..menang kalah belakang cerita..harap-harap teruskan macam nie..baru best..

penonton yang hadir ke Stadium Darulaman..
(bahagian astaka memang selalu ramai..huhu)
sumber : PSHK
Untuk kali nie aku tak dapat tangkap gambar sendiri suasana dekat stadium sebab handphone aku rosak pulak..problem betul! time-time nie la dia buat hal..(nak kena jual la tuh..hehe) tapi tak pa lah still ada sumber-sumber yang aku boleh dapatkan gambar..(mintak share ya tuan punya gambar) dan untuk kali nie aku agak lambat sikit update..selalu balik stadium terus ja update..disebabkan penat sangat malam tadi, baru hari nie aku berkesempatan nak update..so setakat nie ja lah..penat pulak aku hari nie..esok dah nak balik KL dah..nak kemas barang pulak..malasnyaa akuuu! ok lah semua..Assalammualaikum!

p/s : laluan Kedah untuk ke Peringkat Separuh Akhir agak sukar sebab lepas nie mereka akan berkunjung ke tempat  
        lawan di Terengganu pulak untuk perlawanan Suku Akhir ke 2..harap Kedah berjaya menewaskan T-Team.. 

Pulun Kedah Pulun!   
                                                                                   

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya ! :)

0 Coments:

Powered By Blogger