FOLLOWERS

TOTAL PAGE VIEWS

About Me

Views

CERITA DIRI AKU

Nama aku yang sebenar ialah Mohd Amreen Bin Mustafa..atau lebih dikenali sebagai
Tem Mustafa di laman Facebook aku..korang mesti tertanya-tanya kan kenapa "Tem"?? ramai yang tak kenal aku lagi akan tanya soalan macam tu..nama aku dengan gelaran tak ada persamaan kan? biasa la nie semua kerja member aku la nie..apa yang dia gelar mesti melekat punya..(ada la kisah tapi malas lak nak cita..hehe) dan sampai sekarang orang masih lagi panggil aku "Tem"

Ok untuk tahun 2012 nie umur aku dah pun mencecah 20an..tua ka? tak kan, muda lagi..hehe..aku berasal dari negeri Kedah..dilahirkan pada 10 Mei 1991 di Hospital Besar Alor Setar tapi aku membesar dekat Jitra..dah 20 tahun aku hidup di Kedah..dan pada angka ke 20 lah aku mula berhijrah keluar dari Kedah..banyak kenangan pahit manis aku kat sana..dan aku tak kan pernah lupa negeri asal tempat aku dilahirkan dan dibesarkan..Kedah adalah selamanya di hati aku..

Ok cerita tentang diri aku, aku nie sebenarnya seorang yang cepat bosan..haha! tapi apa-apa pun aku suka kepada keseronokkan..gelak ketawa, lepak dengan member, main futsal, semua boleh hilangkan bosan yang selalu bersarang dalam hidup aku nieh..dan aku nie
agak nakal la sikit..sikit ja tak banyak..huhu..tapi dalam diam-diam, aku nie agak pendiam orangnya..(bukan sombong naa) siapa yang kenal dan rapat dengan aku mesti dah faham.. hehe..kadang-kadang tu bila aku ada masalah aku jarang berkongsi, kecuali dengan orang yang aku rapat ja..sebab aku tak nak la menyusahkan semua orang kan..

PELAJARAN DAN HOBI

Emm,cerita mengenai pelajaran aku, selepas aku habis sekolah, aku sambung belajar di sebuah kolej dekat Cheras, KL dalam bidang Multimedia..aku minat jugak la Multimedia..dan aku cuba nak belajar dalam bidang tu..dan sekarang pun aku dah mula hidup berdikari..(yela kan sebelum nie asyik bawah ketiak mak bapak ja..hehe) so sekarang aku dah boleh belajar macam mana susah senangnya hidup berdikari..makan minum sendiri..

Hobi atau minat aku banyak, tapi yang aku paling minat mesti la bola..aku tak pernah bosan dengan bola..tak kisah la tengok kat tv ka, apa-apa ka..kalau free aku selalu main futsal dengan member-member aku..yela daripada duduk kat rumah tak buat apa kan..dah minat bola mesti ada 'club favourite' kan..so aku nie peminat bola sepak Kedah dan Manchester United! fanatik jugak la sikit-sikit..hehe..emm..selain tu aku pun banyak habiskan masa search internet..biasa la aku nie selalunya cepat rasa borink bila tak buat apa-apa atau mungkin aku tengah free time tu..so bila aku dah tak tahu nak buat apa aku search ja apa-apa info..sukan ka, hiburan ka..online Facebook ka..ataupun download lagu..habis cita! :)

KELUARGA

Cerita tentang keluarga aku..aku sayang sangat dengan keluarga aku..(sapa la yang tak sayang keluarga kan? orang bodoh ja tak sayang family dia) bagi aku, aku dah mempunyai keluarga yang bahagia walaupun just sederhana ja..tapi aku tetap bersyukur sebab aku masih lagi ada keluarga..aku masih mempunyai mak dan ayah, abang, kakak dan adik..aku anak ke 4 daripada 5 adik beradik..so aku bukan la anak manja kan..hehehe..abang dan kakak aku dah keja dah, ada yang dah kahwin..cuma tinggal aku dengan adik aku ja yang still belajar lagi..ayah aku lak dah lama bersara sebagai guru sekolah..mak aku lak cuma suri rumah ja..apa-apa sekali pun keluarga yang aku ada sekarang adalah yang terbaikkk!



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya ! :)

Powered By Blogger