FOLLOWERS

TOTAL PAGE VIEWS

Saturday 21 July 2012

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Views

Assalammualaikum..emm..diam tak diam..untuk tahun ini, tahun 2012..kita dah pun sampai
ke bulan yang paling mulia iaitu bulan Ramadhan..bersamaan 1 Ramadhan 1433H..bulan yang paling dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam..bulan di mana 'Allah membuka seluas-luasnya pintu Syurga dan ditutup pintu Neraka..dan diikat syaitan-syaitan'..so kita kena la beramal ibadah kepada-Nya yang Maha Esa..haa tak ada alasan la sapa-sapa yang tak bersedia lagi la nak puasa tu..(aku mesti la dah bersedia! hehe) yang penting suruhan daripada-Nya wajib kita tunaikan..betul tak??

Puasa nie sebenarnya mengajar kita erti kesabaran..dan yang penting kita ikhlas mengerjakan rukun Islam yang ke 3 nie..aku nie tak la sebaik mana sangat..mesti orang akan cakap aku nie bukan²..tapi tak kisah la kan..apa-apa pun bulan yang penuh rahmat nie tak patut kita biarkan ja..so kita patut hargai dan mengambil kesempatan untuk mengisafi segala kesilapan yang telah kita lakukan dengan memohon ampun dan melakukan amal ibadah kepada-Nya..puasa nie tahu la penat kan tapi yang paling penting solat jangan la lupa pulak ya..penting tu..sebab puasa penat-penat tapi tak solat..macam sia-sia ja..tak dapat apa-apa..yela seharian kita puasa..sanggup tahan lapar dan dahaga..tapi apa habuk pun tak dapat..kan sia-sia ja tu..dan aku juga berusaha untuk merubah diri aku kepada lebih baik..

So aku rasa aku tak la tahu sangat nak cakap apa-apa mengenai agama..so itu saja satu peringatan yang mampu aku ingatkan walaupun aku hanya orang biasa ja yang masih bergelumang dengan dosa..tapi tak salah kan? supaya kita sentiasa beringat dan menjadi lebih baik daripada sebelum nie..tak gitu?? haa jangan tak puasa nohh sahabat-sahabat semua yang beragama islam terutamanya..hehe..aku juga berharap bulan Ramadhan kali nie akan dapat merubah aku menjadi lebih baik sedikit demi sedikit..insyaallah..

Emm..ok last sebelum aku terlupa..aku nak ucapkan 'Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak' kepada seluruh umat Islam di dunia nie..terutama sekali di Malaysia! semoga bulan nie memberi seribu rahmat, seribu keampunan, seribu keberkatan kepada kita semua umat Islam ok..dan juga semoga kita semua dilimpahi
dengan penuh rahmat daripada Allah S.W.T..aminn..

Selamat Bepuasa!! (ha jangan lupa niat puasa pulak) Assalammualaikumm..:)


p/s : dan kalau ada salah dan silap apa yang aku tulis nie harap dimaaf dan harap ditegur la ya..:)


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya ! :)

0 Coments:

Powered By Blogger