FOLLOWERS

TOTAL PAGE VIEWS

Sunday 27 May 2012

Mencari 1 Perubahan Dalam Hidup

Views
i want something new in my life~ (-_-)
Bosan..bosan dan bosan..itu lah yang akan aku rasa hari-hari..walaupun kadang-kadang aku rasa gembira..rasa seronok..gelak ketawa..tapi perasaan tu hanya datang dalam diri aku sementara waktu ja..bila aku tidur..lepas tu esok aku bangun, aku akan rasa hati aku sepi sangat..macam ada sesuatu kekurangan..setiap hari aku akan rasa aku sedang melakukan perkara yang aku sendiri tak tahu..aku sendiri tak pasti..setiap hari  jugak aku akan lihat sekeliling aku..apa yang dapat aku lihat akan membuat aku berfikir macam-macam perkara..aku pernah rasa nak melakukan satu perubahan dalam hidup..sedikit demi sedekit..tapi hati aku masih belum kuat untuk melakukan perkara tuh..aku tak tahu apa yang aku cari..apa yang aku hendak cari..bila aku rasa sunyi aku akan menyamar diri aku sebagai seorang yang periang..tiba-tiba jadi happening..tapi dalam hati aku tetap SAMA ja..(-_-)

Heyy!! hahaha..ya aku tengah rasa gembira sekarang..tapi aku tetap akan rasa binggung..cukup 2,3 minit aku tersenyum untuk hilangkan kesunyian aku..serius aku cakap aku bosan dengan perjalanan hidup aku sekarang..aku nak mencari satu perubahan yang aku sendiri tak pasti..adakah ia akan hadir bila aku masih lagi bernyawa atau sebaliknya..hmm..apa yang aku tulis nie buat aku rasa merapu lak..huhu..tah la..apa yang terlintas di hati dan kepala otak aku nie tu la yang akan aku luahkan..aku memerlukan seseorang yang memahami diri aku..banyak perkara buruk yang aku dah lakukan..kadang-kadang aku nak jugak merasa kebahagiaan..kegembiraan yang kekal sampai bila-bila..

Perubahan yang aku inginkan?? banyak perkara..tapi aku harap sedikit demi sedikit..nak berubah mestilah ke arah positif kan..tak kan nak ke negatif lagi..apa yang selalu bermain di fikiran aku nie memang menjadi tanda tanya..tapi aku harap satu yang baik akan terjadi dalam hidup aku nanti..aku mengharapkan ketenangan yang kekal..fikiran aku tak kan serabut lagi..yela..kadang-kadang selalu ja bermain dalam fikiran aku nie sampai satu ketika aku akan rasa buntu nak buat apa-apa kerja apatah lagi sesuatu keputusan..hmm..:( aku selalu fikir dunia nie dah tak lama lagi dah..tah la..

So apa yang aku harapkan sekarang niat aku tu akan tercapai..aku dah rasa lemah dengan laluan hidup aku sekarang..banyak perkara yang aku rasa aku tersilap langkah..aku masih lagi dalam dilema..mencari satu perkara yang aku sendiri tak tahu..aku keliru dengan hidup aku sekarang..pelik betul aku nieh! ishh3..tah la..kalau ada yang terbaca entri aku kali nie mesti pening..pelik..binggung..bosan..confuse..memikir apa la yang aku tulis nieh..haha..tak pa lah..yang faham..faham ja..yang tak faham tak pa lah..huhu..

Sekarang mungkin orang akan cakap aku hanya mampu menulis dan bercakap (cakap-cakap kosong la kiranya) tapi aku harap ia akan betul-betul berlaku dalam hidup aku sedikit demi sedikit..insyaallah..ok lah see u for the next entry..ok bye..Assalammualaikum~

p/s : nak berubah hati kena kuat..mental kena kuat..banyak dugaan yang kita akan dapat..ejekkan daripada kawan-
        kawan..mampukah kita bertahan selepas kita dah berubah?? itu Tuhan saja yang tahu..


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya ! :)

0 Coments:

Powered By Blogger