FOLLOWERS

TOTAL PAGE VIEWS

Saturday 25 February 2012

Laman Sosial Baru??

Views

Wow..hari nie aku ingat just nak update blog aku ja, search punya search apa yang patut, tiba-tiba aku terjumpa satu laman sosial nie..aku ingat fake atau ada la individu tertentu just nak main-main ja kan..tapi rupa-rupanya aku silap sebab memang betul wujud satu laman sosial yang baru..nama laman sosial baru tu adalah FOSTBOOK! tadaaa!! haha..kalau korang tengok memang iras-iras Facebook kan..hampir 90% sama..kembar siam kot! haha..macam 'front page' pun sama ja..tapi bila korang dah sign up, dekat 'home' ada la sedikit perbezaan tapi tak banyak la..emm, aku rasa ramai yang dah tahu tentang laman baru nie..so bagi yang tak tahu lagi tu korang try la sign up..dan boleh tengok sendiri fungsi laman sosial baru nie..tapi apa-apa pun aku rasa still tak boleh lawan Facebook lagi..(yela nama pun baru lagi kan) nama laman sosial nie pun cam pelik ja aku dengar..tu bagi aku la.. hehe..dan apa yang aku perasaan cara kita nak 'browse members' pun kalau korang ingat lagi macam kat Myspace dulu..cuba tengok gambar bawah nie..ada sama sikit tak?? 

laman sosial baru 'Fostbook.com'

ada sedikit persamaan kan dengan Myspace yang dulu..(bagi yang dah sign up Fostbook)

So nie sedikit info yang aku dapat mengenai Fostbook.com nie..
Fostbook membantu anda berhubung dan berkongsi dengan orang dalam kehidupan anda..membuat kawan online dan mencari kawan online..chat live dengan rakan-rakan dan bertemu rakyat baru dan juga video foto saham..

Kalau korang rasa nak join..just try la..mungkin ada yang dah bosan dengan Facebook, Twitter, Tagged atau apa-apa saja la kan boleh lah sign up Fostbook pulak..ramai dah aku tengok yang join..bagi korang best tak best tu aku tak tahu la..so komen aku mengenai laman baru nie, aku rasa boleh tahan la..tapi agak 'kureng' sikit..tak banyak sangat perbezaan dengan Facebook tapi tetap ada kelainan, apa kelainan tu korang join korang akan tahu..tapi aku agak geram sikit la..kelajuan laman sosial nie agak slow sikit..(line internet aku ok ja..FB laju ja) emm..mungkin sebab baru lagi kot dan dalam usaha menaik taraf..mungkin? so siapa-siapa yang nak try join boleh la tekan gambar "fostbook" kat bawah nie..ok bye.. Assalammualaikum..



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya ! :)

0 Coments:

Powered By Blogger