FOLLOWERS

TOTAL PAGE VIEWS

Saturday 11 February 2012

1 Permulaan

Views
Ia sudah bermula...
  Assalammualaikum..hello,hai..apa khabar? sebelum aku mulakan cerita aku untuk pertama kalinya, aku akan perkenalkan diri aku dulu secara ringkas..aku Am atau lebih dikenali oleh kawan-kawan aku sebagai Tem..ok aku orang baru dalam dunia blog nie..baru ja nak berjinak-jinak menulis blog..aku tak pernah ada atau buat blog pun sebelum nie..nie adalah blog pertama aku..buruk kan blog aku..huhu..dah lama aku berniat nak cuba buat blog atau jadi blogger, tapi tak ada masa..kadang-kadang tu aku lupa pasal blog nie..lagi pun dah ada blog mesti kena update selalu kan..tahu apa yang nak ditulis..tapi apa-apa pun sekarang aku rasa teringin pulak nak ada blog..mungkin aku dah bosan dengan laman-laman sosial yang lain dan keinginan aku untuk mencuba sesuatu yang baru, so aku pun tukar angin dengan menulis blog pulak sekarang..tak salah kalau mencuba sesuatu yang baru kan?

Aku mula terdetik nak buat blog nie masa aku start saja-saja tulis tentang apa yang aku fikir dalam kepala otak aku nie..tah apa yang aku tulis pun aku tak sedar..ada la 2, 3 note aku tulis..aku just save dalam Notepad ja..pastu aku sembunyi tempat private sikit..(takut orang baca..haha) tulis punya tulis, tiba-tiba aku teringat pulak pasal blog..fikir punya fikir, aku pun ambik keputusan nak buat blog nie..yela bila ada waktu free boleh jugak aku menulis sebab aku nie selalu borink, bosan, bored..emmmm???(bukan sama ja ke?) apa-apa ja lah..hehe..dan lagi satu aku nie suka baca blog-blog orang..sebelum aku ada blog nie, aku banyak baca mana-mana blog yang terlintas dari mata aku nie..pendek kata, BlogWalking la kata kan..so hilang la sikit borink aku nie..

  Mengenai blog aku memang tak tahu sangat macam mana nak mula..masih lagi mentah bab-bab blog nieh..tapi ada jugak la aku rujuk apa-apa info mengenai blog..banyak jugak aku faham cara nak buat blog nie..tak la susah sangat kan, tapi bagi orang pertama buat macam aku nie agak blur la sikit nak faham..tambah-tambah bab nak edit blog..yela aku nie lambat sikit nak faham..hehe..bagi aku menulis kadang-kadang buat aku tenang bila aku rasa sunyi atau tak tahu nak buat apa..benda yang sama ja aku buat hari-hari..borink kan?? so hari nie 11 Feb 2012 adalah hari pertama aku start menulis blog..dan 1 Permulaan bagi aku
untuk menjadi seorang blogger..insyaallah..so kalau ada apa-apa salah dan silap harap
dimaafkan la yaa..peace! :)

p/s : kalau sudi follow la blog aku yang tak seberapa nie..(baru lagi la katakan..huhu) aku akan follow korang balik nanti 
        ok..Assalammualaikum! :)


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya ! :)

Powered By Blogger