Sekarang nie musim memang tak berapa nak menentu..hujan la..panas lagi..mendung.. salji..emmm..salji??? oppss..terlebih sudah..hehe..:D dengan keadaan cuaca yang tak menentu sekarang nie kan macam-macam la penyakit nak datang walaupun kita tak jemput macam buat kad kenduri khawin tu..hmm..untuk berapa hari yang lepas aku tak berapa nak sihat sangat..mula-mula tu deman pastu sekarang batuk pulak..batuk bukan kejap ja dekat 2 minggu aku asyik..ehhemmm!! ehemmm2!! (seksa oiii) wuuu..memang terseksa..tiap-tiap malam asyik dok uhhukk2! ehemmm2! uhuukk! ja..
♪ Kisah Anak Diberi Ubat Cabut Lari..♪
♪ Ubat Batuk Cap Ibu Dan Anak Ibu Beri..♪
♪ Anak Minum Ubat BatukYang Diberi..♪
Hahahaha~! (layan jugak lagu nie kan) :D
Tapi nie bukan la aku nak cita pasal aku minum ubat batuk cap ibu dan anak..walaupun aku rasa ok lagi minum ubat batuk tu kan..tapi nie aku nak cerita mengenai "Gula Batu"..aku baru ja tahu mengenai kelebihan gula batu nieh..ada khasiat disebalik gula batu nie rupanya.. huhu..mula-mula aku fikir macam nie...makan gulaa?? kencing manis nanti macam mana!??
|
nie la rupa "Gula Batu" |
Gula Batu nie disyorkan oleh ayah aku sebenarnya..aku sendiri pun tak tahu gula batu nie boleh kurangkan batuk..yela mungkin dia selalu terdengar aku batuk malam-malam kot..(prihatin ayah aku nieh..sapa tak sayang anak kan..hehe) esok tu ayah aku pergi beli..malam tu jugak aku try la minum air gula batu tu..gula batu tu kita kena rendamkan dalam air suam..lepas dah cair tu baru kita minum..aku cuba 1 gelas kecil ja 1 hari..tak nak la banyak-banyak..dah la manis..huhu..
So boleh dikatakan lepas berapa hari tu aku rasa batuk aku agak berkurang jugak la..tak la hilang sepenuhnya tapi kira ok la sebab ada perubahan kan..lagipun aku nie tak la berapa suka sangat minum ubat batuk sebenarnya..(tak sedap!) so aku rasa lepas nie kalau batuk lagi aku just minum air gula batu nie ja la..kalau nak cepat hilang kena la selalu amalkan..tapi jangan tiap-tiap masa pulak minum air gula tu yaa..tak muak ke?? kena kencing manis..masin, tawar ke..baru tahu..haha..ok lah semua..jumpa lagi untuk entry akan datang..ok bye..Assalammualaikum..:)
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya ! :)